Wednesday 25 May 2011

Berehat sebentar..



Berehat sebentar kerana perlu selesaikan kerja yang tertangguh di pejabat. Sempat juga menguruskan pembelian cetakan kereta Volkswagon Beetle daripada seorang kawan yang telah siap di bingkai.

InsyaAllah akan kembali melukis beberapa hari lagi..

Tuesday 24 May 2011

Lukisan kereta klasik Teksi Batman



Lukisan kereta klasik Malaysia era tahun 70an sebagai teksi. Mercedes Benz 190D atau mendapat jolokan teksi Batman. Menggunakan pensil warna dan pen Artline 0.2, 0.4 dan 0.6 di atas kertas Lukisan tebal 220 gm.

Harga Original RM200 (Pos percuma).

Harga Cetakan Terhad (50 keping sahaja) RM25 (Pos percuma). 

Dicetak menggunakan kertas lukisan tebal 220 gm. 80% serupa Original.

Monday 23 May 2011

Mercedes 190D W110 - Projek akan datang


InsyaAllah, saya akan mula melukis kereta klasik ini sedikit masa lagi. Untuk pengetahuan semua dan mereka yang seangkatan dengan saya, kereta ini cukup sinonim dengan teksi di pekan-pekan kecil di Malaysia. Mereka panggil kereta ini Teksi Batman sebab rekabentuk di bahagian belakangnya seakan kereta Batman. Teringat masa kecil-kecil dahulu, saya dan ibu kerap menaiki teksi ini untuk ke pekan berbelanja di sekitar tahun 70an dulu..

Tukar Sport Rim




Gambar asal kereta ini masih menggunakan rim original. Namun begitu, bagi menampakkan kereta klasik ini kelihatan lebih menarik, saya tukar rim asal kepada rim yang lebih sporty. Warna keretapun saya tukar kepada hijau daun pisang sesuai dengan sport rim tersebut..

Volkswagon Beetle


Lukisan kereta klasik Malaysia era tahun 70an. Volkswagon Beetle. Menggunakan pensil warna dan pen Artline 0.2, 0.4 dan 0.6 di atas kertas Lukisan tebal 220 gm.

Harga Original RM200 (Pos percuma).

Harga Cetakan Terhad (50 keping sahaja) RM25 (Pos percuma). 

Dicetak menggunakan kertas lukisan tebal 220 gm. 80% serupa Original.


Perbandingan antara Lukisan Original dengan Cetakan



Perbandingan antara lukisan original dengan cetakan terhad. Gambar atas Cetakan Terhad manakala gambar bawah Lukisan Original. Menggunakan kertas Lukisan yang sama 220 gm. Nampak tak perbezaannya?

Toyota DX



Lukisan kereta klasik Toyota Corolla DX. Kereta milik rakyat Malaysia tahun 70 dan 80an. Menggunakan pensil warna dan marker pen saiz 0.2, 0.4 dan 0.6. Di atas kertas saiz A4 tebal 220 gm.

Harga Lukisan Original RM200 (pos percuma).

Cetakan terhad meggunakan kertas lukisan yg sama saiz A4 220 gm (50 keping sahaja). 80% serupa Original.

Harga setiap keping RM25 (pos percuma).